Showing posts with label aurat. Show all posts
Showing posts with label aurat. Show all posts

Friday, 25 May 2012

MUHASABAH


✿~ Hari ini mungkin dia TIDAK BERTUDUNG, esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS MENUTUP AURATNYA..
✿~ Hari ini mungkin dia seorang yang KAKI MENGUMPAT DAN MENCELA, esok lusa mungkin dia adalah yang PALING LEMBUT BICARANYA..
✿~ Hari ini mungkin dia seorang yang INGKAR kepada Allah SWT, esok lusa mungkin dia adalah yang PALING ISTIQAMAH melaksanakan QIYAMULLAIL kala kita semua sedang LENA..

p/s : Kita TIDAK PERNAH TAHU danTIDAK AKAN TAHU..tugas kita bukan me'NERAKA'kan orang..tetapi, MENGAJAK MANUSIA ke jalanNya dan SALING MENDOAKAN..maka, JANGAN HINA permulaan seseorang kerana kita TIDAK TAHU bagaimana PENGAKHIRANNYA..♥♥
:: MUHASABAH DIRI ::

Tuesday, 15 May 2012

Artis Insaf


 



Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."

Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.
Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."

"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."

Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.


Sunday, 13 May 2012

Aurat Wanita


KENAPA KUBUR WANITA DIGALI SEDALAM 7 KAKI BERBANDING KUBUR LELAKI 5 KAKI ?

Isteri : Abang, boleh sayang tanya?
Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?

Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal
dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita berlainan digali
sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo.. InsyaAlLah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum).

"Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita."

Isteri : SubhanaAlLah. Besarnya kuasa AlLah ya abang.
Suami : *Hanya tersenyum*

Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana InsyaAlLah, AlLah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak.