Showing posts with label insaf. Show all posts
Showing posts with label insaf. Show all posts

Tuesday, 22 May 2012

Kelebihan Bulan Rejab


Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur’an atas segala Qalam.
  1. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
  2. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi   Sirotalmustaqim di hari kiamat. 
  3. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
  4. Puasa pada awal Rejab,pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
  5. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:   -            Diampunkan dosanya yang lalu.Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
  6. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, di angkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan. 
  7. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. 
  8. Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawab: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka. 
  9. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
    “Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau”.(dari kitabRaudatul Ifkar) Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ. 
  10. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus. 
  11. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
    Rejab ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.
    Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH. Wallah hu aklam......

Friday, 18 May 2012

SALAHSILAH TARIKAT NAQSABANDIAH DI KUALA KANGSAR




INILAH SALASILAH TARIQAT NAQSYABANDIYAH AL-KHOLIDIAH YANG BERKEMBANG DARI BABUSSALAM TANJUNG PURA (LANGKAT), SUMATERA UTARA INDONESIA HINGGA KE MALAYSIA.

1).MUHAMMAD RASULLULLAHHU ALAIHIWASSALAM PENGHULU SELURUH ALAM.BELIAU MENUMPAHKAN RAHSIA INI KEPADA;
2). ABU BAKAR AS-SIDIQ RADIALLAHUAN.
3). SALMAN AL-FARISY RADIALAHHUAN KEMUDIAN KEPADA;
4). QASIM BIN MUHAMMAD B.ABU BAKAR AS-SIDIQ R.A,
5). IMAM JAAFAR SIDIQ R.A,
6). ABU YAZID BUSTAMI R.A,
7). ABU HASSAN KHARQANI R.A,
8). ABU ALI FRMADY R.A,
9). SHEIKH YUSUF HAMDANI QADASSALLAH,
10).SHEIKH ABD.KHALID FAJADUANI,Q.S
11).SHEIKH ARIF RIYAU GHARI Q.S,
12).SHEIKH MAHMUD ANJARI A.S,
13).SHEIKH ALI RAMATHANI Q.S,
14).SHEIKH MUHAMMAD BABUSSAMASI,
15).SHEIKH AMIR KULALI,
16).SHEIKH BAHAUDIN SHAH NAQSABANDI,
17).SHEIKH MUHAMMAD ALAUDDIN A'THARI,
18).SHEIKH YAAKUP CHARKI,
19).SHEIKH ABDULLAH AHRARI SAMAR QANDI,
20).SHEIKH MUHAMMAD ZAHIDI,
21).SHEIKH DARWIS MUHAMMAD,
22).SHEIKH MUHAMMAD KHAUJAKI AMKANAKI,
23).SHEIKH MUHAMMAD BAQI BILLAHI,
24).SHEIKH MUHAMMAD FARUQI SARHINDI,
25).SHEIKH MUHAMMAD MAKSOM,
26).SHEIKH SHAIFUDIN,
27).SHEIKH NUR MUHAMMAD BADAWANI,
28).SHEIKH SHAMSUDIN HABIBULLAH JAN JANANI,
29).SHEIKH ABDULLAH DAHLAWI,
30).SHEIKH MAULANA KHALID QARDI, LAHIR 1193 WAFAT 1239H,
31).SHEIKH ABDULLAH AFANDY,
32).SHEIKH SULAIMAN QARIMI,
33).SHEIKH SULAIMAN ZUHDI, yang menetap di Jabal Qubis, Makah Al-Mukarramah.
34).SHEIKH ABD WAHAB ROKAN AL-KHOLIDI, yang menetap di Tanjung Pura, Langkat, Sumatra Utara, Indonesia.
35).SHEIKH HAJI SARIF yang tinggal di Temong, Kuala Kangsar, Perak.
36).SHEIKH HAJI AHMAD PANAI yang menetap di Kg. Lintang, Sungai Siput(U), Perak.
37) HAJI AHMAD SYARANI BIN HAJI AZMIR

Murshid: Tuan Hj Ahmad Syarani bin Tn Hj Azmir.
Markas dan Pusat Suluk: Kg. Jerlun, Kuala Kangsar Perak.-Pengganti kepada Mursyid awal-Allahyarham Tn Syeikh Hj Abdul Wahab bin Abdul Manaf. (Panggilan : Pak Yob)

Tuesday, 15 May 2012

Rahsia Solat Khusyuk


Artis Insaf


 



Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."

Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.
Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."

"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."

Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.