Showing posts with label mati. Show all posts
Showing posts with label mati. Show all posts

Tuesday, 15 May 2012

Artis Insaf


 



Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."

Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.
Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."

"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."

Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.


Sunday, 13 May 2012

Tanda-tanda Mati



Tanda-tanda mati
100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu akan mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan)

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

Untuk pengetahuan semua, pada hari ke-44 air mani lelaki dan telur wanita bercantum, Allah s.w.t. telah mencampurkan sekali tanah yang akan menjadi kubur kita nanti. Wallahua'lam