Monday, 9 July 2012

Rahsia Zikir



FAKTA SAINS SEBENAR 
"Otak yang terdiri daripada 15 billion sel (neuron) bertugas untuk menerima dan mengirim maklumat dalam satu sistem saraf yang kompleks. 
Sel-sel neuron yang dirangsang dengan sempurna, daya intelek dan fikiran akan tumbuh dan berkembang secara unik. Neuron adalah merupakan unit asas sel otak yang membawa impuls. Ia terdiri dari akson dan dendrit."

Kepentingan Penjagaan Otak
Otak merupakan organ yang mengatur sebahagian besar pergerakan , sikap dan fungsi tubuh seperti degupan jantung, tekanan darah, keseimbangan cecair di dalam tubuh dan kedudukan suhu tubuh seseorang. 
Otak juga bertanggungjawab keatas fungsi seperti pengenalan, emosi, ingatan dan segala bentuk pembelajaran (melibatkan kehebatan fungsi otak kiri dan kanan).

DARI SUDUT ISLAM PULA
Didalam "Al-Wabil" yang dikarang oleh Al-Hafiz Ibnu Qayyim telah menyebut akan kelebihan zikrullah itu lebih daripada seratus faedah dan di antaranya ialah:
- Zikir adalah membanting syaitan daripada menghampiri orang yang berzikir
- Zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah swt dan cinta itu roh Islam, agama dan sumber kejayaan dan    
  kebahagian. Barangsiapa ingin mendapatkan cinta Allah hendaklah berzikir sebanyak-banyaknya.
- Zikir mendatangkan sikap muraqabah yang membawa seseorang kepada martabat ihsan.
- Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri yang bulat kepada Allah. Dengan ini lama-kelamaan setiap 
  urusan dan setiap keadaan Allah menjadi Pelindung dan Pembantunya.
- Zikir membawa seseorang kepada taqarrub Ilallah.
- Zikir adalah pembuka hijab dan pintu makrifat mengenai Allah.
- Zikir menghidupkan hati. Perumpamaan orang berzikir dan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang hidup 
  dan orang mati.
- Zikir adalah santapan roh dan hati. Seandainya keduanya tidak mendapat santapan seumpama jasad tidak 
  mendapat makanan yang akhirnya menjadi lemah.
- Zikir adalah pembersih dan penggilap bagi hati.
- Nur zikir sentiasa bersama dengan orang yang berzikir sama ada di dunia atau di dalam kubur.
- Zikir ibarat pohon. Sewaktu pohon itu besar dan akarnya tertancap kuat, maka buahnya akan bertambah baik. 
  Zikir membuahkan maqam-maqam semuanya dari kesedaran penuh menuju tauhid.

***Sepertimana Firman Allah Swt melalui Surah Ar-Ra'd Ayat 28 yang bermaksud:
"Ketahuilah bahawa dengan berzikir kepada Allah itu, jiwa menjadi tenang"

Friday, 6 July 2012

Mimpi Rasulullah



9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Friday, 22 June 2012

Jejak Habib: Walisongo

Jejak Habib: Walisongo: Walisongo atau Walisanga dikenal sebagai penyebar agama Islam di tanah Jawa pada abad ke 15 dan 16. Mereka tinggal di tiga wilayah p...

Friday, 25 May 2012

Jihad dan Cinta


✿~ Biar nafsu sunyi tanpa godaan..
✿~ Biar hati sunyi tanpa kemaksiatan..
✿~ Akan tetapi jangan biarkan akal sunyi tanpa ilmu..
✿~ Dan jangan biarkan hati sunyi tanpa cinta kepada Allah..

WANITA YANG SOLEHAH tidak akan mengalah hanya kerana CINTA SEORANG LELAKI yang BELUM PASTI MENJADI SUAMI..

p/s : Wahai sahabatku..lihatlah wajah AYAH DAN UMIMU dan lihatlah dengan MATA HATIMU, ISLAM..golongan sepertimu adalah yang PALING DISUKAI oleh MUSUH-MUSUH ISLAM..lihatlah kebenaran, musuh-musuh Islam tidak pernah takutkan senjata kita, tetapi mereka cukup TAKUTKAN SEMANGAT JIHAD yang ada pada kita, ORANG ISLAM..tapi, LIHATLAH JIHADMU sudah HAMPIR TERKULAI LAYU..kamu tidak akan mampu menentang mereka, sebab kamu sendiri TIDAK MAMPU MENENTANG JIHAD NAFSUMU dalam dirimu..♥♥

:: Ya Allah, aku MALU ::

Al Asma Ul Husna 99 Names Of Allah..


MUHASABAH


✿~ Hari ini mungkin dia TIDAK BERTUDUNG, esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS MENUTUP AURATNYA..
✿~ Hari ini mungkin dia seorang yang KAKI MENGUMPAT DAN MENCELA, esok lusa mungkin dia adalah yang PALING LEMBUT BICARANYA..
✿~ Hari ini mungkin dia seorang yang INGKAR kepada Allah SWT, esok lusa mungkin dia adalah yang PALING ISTIQAMAH melaksanakan QIYAMULLAIL kala kita semua sedang LENA..

p/s : Kita TIDAK PERNAH TAHU danTIDAK AKAN TAHU..tugas kita bukan me'NERAKA'kan orang..tetapi, MENGAJAK MANUSIA ke jalanNya dan SALING MENDOAKAN..maka, JANGAN HINA permulaan seseorang kerana kita TIDAK TAHU bagaimana PENGAKHIRANNYA..♥♥
:: MUHASABAH DIRI ::